Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 18

12 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2025 (Rabu) dan 15 Jun 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 18 telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi dan 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Program tersebut telah dihadiri oleh tiga orang peserta. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.

Pada minggu ke 18, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah diajar mengenai enis-jenis serangga, iaitu serangga berguna dan serangga perosak. Serangga perosak merosakkan tanaman seperti daun, batang, akar dan buah, serta boleh menjadi pembawa penyakit. Antara perosak utama termasuk aphid, ulat beluncas, lalat buah, dan leaf miner. Serangan berlaku melalui gigitan, hisapan, atau penggalian dalam tisu tumbuhan.

Untuk mengawal serangga perosak, pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) digunakan, yang merangkumi kaedah mekanikal, kultur, biologi, genetik dan kimia. Petani juga digalakkan menggunakan racun mesra alam dan bahan semula jadi seperti cuka buluh. Pengurusan perosak yang berkesan dapat melindungi hasil tanaman secara berterusan.

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali